BANTUAN PER KAPITA (PCG)
- Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 (Pemberian Bantuan Perkapita Untuk Sekolah) menggantikan Surat Pekelilng Kewangan Bil.7 Tahun 2000(Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah)
- Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan untuk pembelajaran yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada Sekolah Bertaraf Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Kadar-kadar tertentu ditetapkan bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh pihak sekolah.
KEGUNAAN PERUNTUKAN PCG
- Pembelian peralatan dan bahan habis guna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar blik darjah dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Pembelian buku rujukan,ensiklopedia,perisian,video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan p&p.
- Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses p&p sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
- Perolehan harta modal tidak dibenarkan.
- Kadar peruntukan PCG RM 100.00 seorang murid setahun.
- Peruntukan PCG tidak melebihi 10% dari jumlah asal dan tidak dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.
ASAS TUNTUTAN
- Tuntutan ditetapkan setahun sekali.
- Tuntutan berdasarkan bilangan enrolmen murid.
- Dikemukakan kepada PTJ selewat-lewatnya pada 31 Januari pada setiap tahun.
- Tuntutan penyelarasan aktiviti prasekolah tidak dibenarkan.
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
- Surat Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002 (Pemberian Bantuan Makanan Untuk Pelajar) menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 tahun 2000 (Pemberian Bantuan Makanan Untuk Pelajar)
- Bantuan Makanan kadar lama RM 1.50 sehari seorang murid
- Bantuan Makanan kadar baru RM 1.80 sehari seorang murid
- Borang PS (BM) hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan ke JPN seperti tarikh yang ditetapkan.(Rujuk surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 -Lampiran D Borang PS)
PROSEDUR TUNTUTAN MAKAN/MINUM MURID
- Guru berbincang dengan PPM tentang bahan keperluan.
- Nota minta disediakan oleh PPM.
- Nota minta disahkan oleh Guru Besar.
- Proses L.O dibuat oleh Pembantu Tadbir.
- Pada Tahun 2011
No comments:
Post a Comment