Friday 20 April 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN PRASEKOLAH


    SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH 
    Mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.
    Sebuah Prasekolah ditubuhkan di United Kingdom oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat- sebuah prasekolah didirikan pada tahun1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabeth Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat pada ketika itu tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja.
    Di negara-negara ASEAN pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Di negara kita, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940an. 
    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA 
    Ketika Zaman Sebelum Merdeka pada Tahun 1940 an pendidikan prasekolah telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan pengaruh British. Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru terdiri daripada bekas guru-guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah.
    Zaman Selepas Merdeka pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis, dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari keturunan Melayu, Cina dan India.
    Di era 1970an, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) untuk membantu rakyat yang miskin di luas bandar . Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. PadaTahun 1972, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah. Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institiut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. 
    Kerajaan turut mengadakan projek prasekolah rintis yang dikenali sebagai Annex yang dilaksanakan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan yang dimulakan pada tahun 1992, dan sebanyak 1131 buah kelas prasekolah telah ditubuhkan.

    No comments:

    Post a Comment

    SEKOLAH PERAK

    Kerian

    LMS

    Kuala Kangsar 

    Batang Padang

    Manjung

    Hulu Perak

    Perak Tengah

    Kinta

    Hilir Perak